EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Perjalanan Rentas Negeri & Daerah, Permit Pergerakan Hanya Akan Dikeluarkan Bagi Mereka Yang Layak PDRM

0 month ago, 08-Jun-2021

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, sebarang aktiviti rentas negeri dan daerah adalah diIarang sama sekali memandangkan kadar peningkatan kes C0VID-19 harian masih berada diparas yang membimbangkan.

Bagaimanapun, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), hanya akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah peraturan rentas sempadan iaitu ziarah kema tian, kecemasan dan bekerja sendiri.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagi mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai majikan, permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis secara sekali beri dalam tempoh 14 hari iaitu bermula 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.

Manakala, PDRM juga akan memberikan kebenaran secara sekali beri iaitu dalam tempoh dua hingga tiga hari kepada pekerja sektor yang TIDAK dibenarkan beroperasi tetapi perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus. Namun, mereka perlu menunjukkan surat daripada majikan sebagai bukti. – dipetik dari Xtra

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...