EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Perintah Kawalan Pergerakan : Tempoh lanjutan berdasarkan perkembangan tahap penularan terkini COVID-19 pada akhir bulan

0 month ago, 24-Mar-2020

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan perbincangan bagi melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan akan ditentukan berdasarkan tahap penularan terkini wabak COVID-19 pada akhir bulan ini.

Tan Sri Muhyiddin berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan bermesyuarat bagi menentukan langkah selanjutnya, sebelum berakhir tempoh perintah terbabit pada 31 Mac ini.

Sama ada kita hendak lanjutkan akan diteliti dari segi perkembangan, katanya.

@jpmgov_/Twitter

Menurutnya, sekiranya terdapat penambahbaikan dengan tindakan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan dengan dibantu agensi lain dan kerjasama semua pihak, perintah itu mungkin akan dipertimbangkan tempoh lanjutannya.

Terutama kumpulan tabligh yang masih berbaki belum keluar lagi itu, kemungkinan besar perintah ini menunjukkan kesan yang positif jika angka dan data yang akan datang lebih rendah, katanya.

Tetapi sebelum tempoh tamat pada 31 Mac ini, MKN akan bersidang sama ada langkah yang diambil memadai atau perlu dilanjutkan lagi selama seminggu atau dua minggu lagi. Ini akan kita kaji, sebelum sebarang tindakan diambil, jelas Tan Sri Muhyiddin dalam sidang media khas di Putrajaya.

Mengulas mengenai situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan, Tan Sri Muhyiddin berkata, hasil laporan mendapati tahap pematuhan rakyat adalah kira-kira 90 peratus.

Twitter

Justeru, beliau berharap kadar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan dapat mencapai 100 peratus.

Dari satu sudut, ia boleh dikatakan berkesan tetapi jika ada pergerakan, kita mengharapkan ia dapat dikurangkan kepada paras yang minimum, katanya.

Seperti yang kita maklumkan sebelum ini, duduk di rumah. Apabila keluar hanya untuk mendapatkan barangan keperluan atau ubat-ubatan seperti yang kita maklumkan kepada polis sebelum ini. Cepat beli dan segera pulang ke rumah, tegas Perdana Menteri.

Perintah Kawalan Pergerakan : Tempoh lanjutan berdasarkan perkembangan tahap penularan terkini COVID-19 pada akhir bulan Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...