EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April

0 month ago, 25-Mar-2020

KERAJAAN memutuskan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April depan..

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemaklumanan pelanjutan tempoh ini dibuat lebih awal supaya rakyat lebih bersedia.

Katanya, beliau diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara yang memaklumkan trend semasa menunjukkan kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku.

"Trend ini dijangka berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.

"(Jadi) Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di

kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama

lagi. Tunggu dulu.

"Pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka sehingga sekarang.

Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak mengurusnya," katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya, hari ini.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...