EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Perginya Lagi Seorang Dermawan Senyap, Pewakaf Hartanah Berskala Besar Untuk Kebajikan

1 month ago, 17-Oct-2020

Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada Allah(taqarrub ilallah) menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah.

Semalam, seorang pewakaf yang telah mewakafkan hartanah berskala besar di Wilayah Persekutuan ini telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 pagi di kediamannya.

Mewakafkan hartanah seluas 1.72 ekar

Beliau ialah Ir Haji Mohd. Mazlan bin hj. Md. Ismail Merican.

Pada November 2011, Allahyarham telah mewakafkan kepada MAIWP hartanah seluas 1.72 ekar di No. 9, Lot 2854, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur yang terdiri daripada banglo kediaman dan kebun.

Almarhum Ir. Haji Mohd Mazlan mewakafkan hartanah berkeluasan 1.72 ekar termasuk di dalamnya sebuah banglo lengkap dengan enam buah bilik, peralatan perabut, ruang solat dan dapur.

Selain itu, beliau turut mewakafkan sebuah lagi rumah di tanah tersebut yang kini didudukinya bersama isteri. Rumah tersebut beserta tanah kebun buah-buahan milik beliau akan menjadi hak milik MAIWP setelah mereka meninggal dunia. – Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Hal Ehwal Agama Islam

Hartanah diwakafkan untuk tujuan pusat pengajian warga emas yang kini diuruskan oleh MAIWP dan dikenali sebagai Darul Ilmi.

ANTARA MANFAAT ZAKAT:DARUL ILMI MAIWPDarul Ilmi merupakan sebuah pusat pengajian agama Islam berkonsepkan pondok…

Posted by Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan on Selasa, 18 Oktober 2016

Pusat pengajian ini membolehkan penuntut mempelajari ilmu agama secara intensif selama 2 tahun bermula dari bangun pagi sehinggalah tidur.

Pahala yang terus mengalir

Begitu besar manfaat yang ditinggalkan oleh Allahyarham Ir. Haji Mohd Mazlan.

Moga tenanglah almarhum di sana dengan pahala wakaf yang sentiasa mengalir untuknya. – Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Hal Ehwal Agama Islam

Maksudnya: Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.

???????? Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 17, 2020

Perginya Lagi Seorang ‘Dermawan Senyap’, Pewakaf Hartanah Berskala Besar Untuk Kebajikan Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...