EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pergi Pantai Klebang, Ambil Gambar Boleh Mandi Jangan.!!

37 month ago, 21-Oct-2017


Selain daripada Dataran Pahlawan di Melaka Raya, Dataran 1 Malaysia di Pantai Klebang merupakan salah satu tempat yang wajib untuk dikunjungi semasa berada di Melaka.



Ada yang singgah untuk makan dan ada pula yang singgah untuk bergambar semata-mata. Namun awas, bagi mereka yang mahu mandi di pantai ini, anda mungkin perlu berfikir beberapa kali selepas menonton video ini.



Di dalam video yang berdurasi 0.14 minit ini, seekor buaya telah dilihat timbul di permukaan laut di pantai tersebut.

Kepada yang suka datang dataran 1 Malaysia, Klebang. Datang ambik gambar je la kat pasir tu okay. Jangan le mandi ye. ???? pic.twitter.com/eZy8iibIKu
Apothecary (@aiznahmad) October 15, 2017

Video yang telah dimuatnaik oleh @aiznahmad ke dalam laman Twitter beliau itu kemudiannya telah menjadi tular setelah ianya mendapat 14 ribu retweet daripada pengguna laman itu.


Difahamkan, ini bukanlah pertama kali penemuan buaya di kawasan itu dilaporkan di kawasan tersebut di mana pada tahun lepas, seekor buaya lain turut ditemui di Empangan Pasang Surut Klebang di Sungai Ayer Salak, Klebang, Melaka.

Menzrut penduduk tempatan, terdapat empat ekor buaya daripada spesies tembaga dan katak di kawasan itu sejak lima tahun lalu.

: http://www.blogmazeer.com




Live Website Traffic


loading...