www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Ko pergi minta maaf sama Bella.. Budak club mengaku bergambar mesra dengan Aliff

0 month ago, 14-May-2019


Sayang seribu kali sayang, bulan Ramadan yang mulia ini sepatutnya menjadi titik tolak untuk menuju ke arah kebaikkan, namun di bulan yang penuh mulia ini pelbagai kemungkaran banyak terbongkar.

Hari ini, masih lagi kecoh diperkatakan mengenai episod curang penyanyi Aliff bersama seorang remaja perempuan, selepas gambar mesra mereka berdua mula tular di media sosial.

Setakat ini, penyanyi itu sendiri masih lagi belum membuat sebarang kenyataan atau penafian mengenai isu panas yang melibatkan dirinya itu.

Disebabkan masalah hutang, salah seorang rakan gadis terbabit bertindak menyebarkan foto gadis terbabit bersama Aliff ketika mereka berada di dalam sebuah bilik, telah mendatangkan ribuan kecaman.

Tidak mahu berdiam diri, gadis terbabit menerusi laman Instagram telah memuat naik status pengakuannya mengenai gambar tersebut, di dalamnya tertulis bahawa dia mengaku lelaki tersebut adalah Aliff.

Menurut gadis dengan akaun nama Nismell, dia mengenali Aliff ketika mereka sama-sama menghadiri satu private party, namun menegaskan bahawa mereka tidak melakukan perkara tidak senonoh dan masih mengetahui batas-batas.

Tambahnya lagi, individu yang menyebarkan rakaman live dan gambarnya bersama Aliff adalah disebabkan mereka berasa dengki terhadapnya, kerana dia dapat bergambar bersama selebriti tersebut.

Walapun sudah mengaku salah, netizen masih tidak berhenti mengecam tindakan gadis berkenaan, ini kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan pasangan suami isteri bercerai berai.

Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, gadis terbabit telah membuat permohonan maaf secara terbuka, mengenai isu yang melibatkan dirinya itu.

: Nismell

Komen




SUMBER : ohmymedia.cc


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts