www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pergi Mahkamah, Rumah Tangga Datuk Red Dan Adira Bergolak?

0 month ago, 16-Apr-2019


Kehadiran suami penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red ke mahkamah mengejutkan ramai. Datuk Red juga turut memuat naik bait-bait sedih menerusi Insta Stories.

Ditambah pula, sebelum ini timbul gosip mengatakan rumah tangga pasangan ini sedang bermasalah.

Bagaimanapun, Datuk Red menjelaskan tujuannya ke mahkamah bukanlah berkaitan kes perceraian dan beliau dan Adira masih lagi bahagia melayari bahtera rumah tangga.

Ya, memang saya ada ke mahkamah tapi bukan kes rumah tangga, ia berkaitan hal lain yang dirasakan tidak sesuai dikongsi dengan orang ramai. Semasa di mahkamah itu, saya teringat sembilan orang anak saya dan terus menulis mengenai mereka. Sekarang ini, apa sahaja ujian hidup yang datang, saya ingatkan diri untuk kuat kerana anak-anak.

Kehidupan kami berjalan seperti biasa dan pagi tadi saya dari rumah Adira, tak ada apa masalah! Biarlah kalau orang nak buat spekulasi disebabkan tulisan tersebut. Buat masa ini kami bahagia sahaja, kalau tak bahagia takkan dia mengandung sekarang kan? Cuma biasalah, ibu hamil ini, emosi kurang stabil sikit, ditambah pula ada anasir-anasir luar kiri dan kanan. Insya-Allah semoga semuanya kembali seperti dahulu.

Baguslah kalau semuanya baik-baik sahaja. Biasalah dalam rumah tangga pasti ada pasang dan surutnya. Apa-apa pun, semoga kekal bahagia sehingga ke syurga.

Berita : mStar Online





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts