EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pergi Cari Bukti Aku Kutuk Lagu Kau! Michael Ang Jawab Kecaman Aliff Syukri

0 month ago, 15-Jan-2022

Dalam kesibukan pengarah dan penerbit drama terkenal Michael Ang mempromosikan lagu terbarunya iaitu Cinta Atau Propa, muncul pula kata-kata kurang enak daripada usahawan kosmetik penuh kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri terhadap single tersebut.

Dan seperti selalunya, Michael Ang tampil membidas kenyataan Aliff Syukri yang mendakwa dia telah melabelkan usahawan itu sebagai ‘tergedik-gedik’.

Advertisement

Kau kata aku cakap kau (Aliff Syukri) tergedik-gedik, kau faham tak apa yang aku cakap?

Aku cakap aku tak tergedik-gedik keluarkan lagu dan bayar sendiri, aku dibayar untuk menyanyi..itu perbezaan kita.

Kata pengarah drama Love Elsa itu lagi, dia tidak pernah sesekali mengutuk lagu nyanyian Aliff malah pernah memuji lagu nasyid yang pernah dipersembahkan usahawan itu.

Advertisement

Sehubungan itu, Michael meminta Aliff untuk menunjukkan bukti mengenai dakwaan bahawa dia pernah mengutuk lagu-lagu terbitannya.

“Apa-apa pun dia ada hak, kalau dia tak suka saya tak kisah. Bagi saya, lagu tersebut untuk orang dengar dan untuk orang judge.” ujarnya lagi.

Michael Ang
1 minggu lalu

Tak Kisah Disamakan Dengan Aliff Syukri, Michael Ang Kata Janji Tak Keluar Duit Sendiri Buat Lagu

Pergi Cari Bukti Aku Kutuk Lagu Kau! Michael Ang Jawab Kecaman Aliff Syukri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...