EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Perempuan Dulu-Dulu Pakai Pad Jenis Kain, Ini Yang Bagus Tentangnya

0 month ago, 11-Sep-2020

Sebelum lahirnya pad pakai buang, wanita dahulu kala menggunakan pad jenis kain.Tahukah pad kain lebih bersih dan selesa, berbanding dengan yang pakai buang?

Pad kain adalah mesra alam, boleh diguna semula selama bertahun-tahun, menjimatkan kos, serta mempunyai manfaat kesihatan. Pad kain terdiri daripada lapisan fabrik menyerap (seperti kapas, organik dan juga sintetik) yang berfungsi untuk menyerap aliran darah semasa haid.

Tidak Bocor Dan Berbau

Darah kita sememangnya steril dan bersih dari saat ia keluar dari faraj. Ia berbau darah yang normal, sama seperti darah yang keluar dari mana-mana bahagian badan yang lain. Tapi darah boleh berubah berbau kurang menyenangkan apabila terdedah pada udara pada waktu yang lama.

Foto Cari

Dalam korteks ini, bau yang busuk sebenarnya adalah kesan dari tindak balas antara darah dan bahan kimia di dalam pad pakai buang, bukanlah dari bau darah itu sendiri.

Lagi Bersih

Secara teknikalnya, pad kain adalah jauh lebih bersih daripada pakai buang kerana darah hilang sepenuhnya semasa basuh. Sama seperti seluar dalam dan pakaian lain.Jadi ia boleh digunakan semula untuk bertahun tanpa risiko jangkitan.

Tidak Merengsakan Kulit

Lapisan kain dibuat daripada fabrik lembut dan membolehkan kulit sekitar faraj untuk bernafas disebabkan oleh aliran udara yang baik.

Ini bermakna kawasan faraj akan menjadi kurang berpeluh, berlakunya kerengsaan dan gangguan ketika anda memakai tuala wanita material kain yang boleh digunakan semula ini.

Foto Reviews

Malah ada yang mengatakan bahawa setelah mereka bertukar kepada material kain, kekejangan haid dan PMS turut menurun secara mendadak.Selain itu, disebabkan peningkatan aliran udara, kemungkinan untuk mendapat jangkitan yis semakin berkurangan.

Cara memakai pad kain sama sahaja seperti pad biasa, yang lebar dihujung. Permukaan yang lembut (kosong/polos) hendaklah sentiasa menyentuh bahagian peribadi anda.

Cara Cuci Pad Jenis Kain

Sebenarnya kedua jenis pad punya kelebihan dan keburukan. Pad jenis kain mungkin agak cerewet cara pembersihannya. Di mana anda perlu lebih teliti berbanding pad pakai buang.

RUJUKAN :1,2


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...