EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Percutian ala cruise harga mampu bayar, Melaka ada keunikan baharu

0 month ago, 18-Oct-2020

MELAKA sememangnya terkenal dengan lokasi tumpuan pelancong tidak kira dalam kalangan penduduk tempatan ataupun luar negara.

Tarikannya bukan sekadar peninggalan sejarah yang hebat malah kembara gastronomi di Bandaraya Bersejarah ini memang di luar jangkauan.

Atas faktor itulah, ramai pengusaha resort dan chalet di Melaka berlumba-lumba menampilkan sesuatu yang ektravaganza bagi menarik pelancong untuk singgah berehat serta bermalam di premis mereka.

cruise

Kepada pembaca SinarPlus yang mengimpikan percutian ala cruise pada harga bajet, anda dicadangkan ke Puteri Qashrina Chalet Melaka yang sememangnya lain daripada lain.

Binaan bangunan hotel dengan konsep kapal layar mewah membuktikan kesungguhan pemiliknya, Datuk Nor Azman Hassan yang mahu menonjolkan idea di luar kotak dan begitu kreatif.

Pengurus Puteri Qashrina Chalet, Norhisham Waled mengakui, keunikan bangunan tiga tingkat itu menjadi daya penarik utama buat orang ramai yang bercita-cita untuk bercuti dengan konsep sedemikian.

cruise

Jika dilihat, keunikan kolam renang berhadapan kapal layar membuatkan hotel tiga tingkat kami seolah-olah belayar di tengah lautan ditambah lokasinya yang berhadapan dengan panorama Pantai Puteri, Tanjong Kling.

Selain itu, kami mempunyai 20 jenis bilik pelbagai saiz pada harga bermula RM200 sehingga RM400 untuk satu malam. Pengunjung boleh menikmati makanan yang disediakan secara bufet selain bersantai di dek kapal sambil menikmati angin pantai, katanya.

Norhisham menambah, pihaknya kini sedang giat menyiapkan unit tambahan iaitu surau baharu yang dijangka siap Disember nanti.

cruise

Seperkara, kata Norhisham, usah bimbang jika pengunjung tidak kesampaian untuk menginap di kamar kapal layar berkenaan disebabkan tempahan penuh.

Kami masih ada 17 unit inap desa, 16 unit rumah tradisional, 14 unit rumah dengan stail Inggeris dan lima unit kabin masih menanti dan terletak berdekatan. Harga yang ditawarkan untuk unit kamar bermula pada RM120 sehingga RM280 sahaja dan hanya caj tambahan sebanyak RM20 dikenakan untuk cuti umum, katanya.

cruise

Selain menjadi tumpuan pengunjung yang datang bersama keluarga untuk staycation pada hujung minggu, resort tersebut juga terbuka untuk majlis korporat, resepsi perkahwinan dan hari keluarga.

Bagaimana tempahan pada musim Covid-19 sekarang ini?

Pada awalnya, bimbang juga kalau ada yang membatalkan tempahan dek penangan Covid-19. Namun alhamdulillah tempahan masih rancak.

Kami sangat mengutamakan prosedur standard operasi yang ditetapkan oleh kerajaan, katanya.

cruise

Puteri Qashrina Chalet

  • Alamat: Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka
  • Pakej: Harga bermula RM120 sehingga RM400
  • Facebook: Puteri Qashrina Chalet Melaka
  • Website: pantaiputeri.com

Jika di Melaka ada Puteri Qashrina Qruise yang menjanjikan percutian ala cruise, terdapat beberapa lokasi di negeri lain mengimplemenkan konsep serupa.

Artikal berkaitan:5 destinasi vila ala Bali lebih privasi dan selamat, wajib masuk list cuti-cuti Malaysia

Bukan sahaja memiliki keunikan tersendiri dari segi desain seperti kapal bersaiz gergasi, bahkan pengunjung diberi peluang untuk menikmati cuti hujung minggu dengan momen terindah bersama keluarga. Nak menyelam pun boleh!

Berikut tiga destinasi pilihan yang boleh dipertimbangkan pembaca SinarPlus untuk edisi Rekreasi Pilihan minggu ini.

Kampung Sayang Resort

cruise

  • Alamat: Kangkar Lama, Kota Tinggi, Johor
  • Pakej: Harga bermula RM150 hingga RM900
  • Facebook: KAMPUNG SAYANG RESORT
  • Instagram: @TgSedeliKotaTinggi

Seaventures Dive Rig

cruise

  • Alamat: Sipadan, Sabah
  • Pakej: Pakej bermula RM899 (tiga hari dua malam) hingga RM2,050 (empat hari tiga malam)
  • Facebook: Seaventures Dive Rig
  • Instagram: @seaventuresLaman web: www.seaventuresdive.com

Sailors Rest

cruise

  • Alamat: Lorong Dato Panglima, Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, Pahang
  • Pakej: Pakej bermula RM95 sehingga RM700
  • Laman web: sailorrest.com

Post Views: 1


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...