EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Percayalah kami bukan buat suka-suka, tapi perlu,

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Petaling Jaya: Sebanyak empat sekatan jalan raya (SJR) dan lima penutupan jalan dilaksanakan di sekitar Petaling Jaya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, jalan ditutup adalah Jalan 4/56 Gasing Indah, Persiaran Mahogani, Persiaran Jati, Persiaran Sungai Buloh-Kota Damansara dan laluan tol Damansara.

Menurutnya, seramai 300 pegawai dan anggota polis termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditugaskan mengawal di SJR dan penutupan jalan itu.

“Selepas ini lima lagi SJR akan didirikan dan dua lagi jalan akan ditutup.

“Apabila semua dilaksanakan, jumlah keanggotaan akan ditambah antara 700 hingga 800 anggota,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Mengenai penutupan jalan, beliau menerima banyak bantahan daripada penduduk dan memohon maaf atas kesulitan itu.

“Statistik menunjukkan kes Cov-19 antara Damansara dan Sungai Buloh sangat kritikal berbanding PKP tahun lalu.

“Percayalah kami bukan buat suka-suka, tapi perlu,” katanya yang turut memohon kerjasama komuniti setempat bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman terjamin.

Selain itu, katanya, lapan pasukan cantas dikerah melakukan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan mencegah kejadian jenay4h.

Ramai cuba nasib rentas daerah

Georgetown: “Jangan ambil kesempatan terhadap kelonggaran selama tiga hari ini,” demikian amaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap orang awam yang berhasrat merentas daerah dan negeri dengan alasan yang tidak munasabah.

Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula hari ini di enam negeri termasuk Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tinjauan di sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu mendapati aliran trafik masih tinggi.

Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana kebanyakan perniagaan dan industri masih dibenarkan operasi oleh kerajaan.

“Kesesakan lalu lintas tidak dapat dielakkan bagi mengimbangi aktiviti ekonomi dan kesihatan awam, malah ia perlu diterima semua pihak

“Kelonggaran selama tiga hari juga diberi kepada mereka yang mahu pulang ke kediaman asal, umpamanya pelancong domestik yang bercuti di Pulau Pinang ketika pengumuman PKP, namun orang ramai diminta supaya tidak mengambil kesempatan atas kelonggaran itu,” katanya di sini, hari ini.

Dalam tinjauan itu, didapati kesesakan trafik berlaku sepanjang lima kilometer dari Jalan Tun Dr Lim Chong Eu ke susur masuk Jambatan Pulau Pinang.

Ada beberapa pemandu yang didapati tidak mempunyai surat kebenaran daripada majikan bagi merentas daerah untuk bekerja dan ada antaranya diarahkan supaya berpatah balik.

Soffian berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan pengguna jalan raya sekiranya alasan yang diberikan bagi merentas daerah atau negeri adalah tidak munasabah.

“Ada yang cuba nasib merentas daerah tanpa surat kebenaran namun setakat ini, mereka diarahkan supaya berpatah balik.

“Kita akan lihat kesalahan dan jika (alasan) tidak munasabah, mereka akan diambil tindakan kompaun,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

“Percayalah kami bukan buat suka-suka, tapi perlu,” Rentas Asia.



SUMBER : rentasasia.com

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...