EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Azam Baki Percaya Kebenaran Akan Terungkap, Minta Semua Pihak Bersabar

0 month ago, 12-Jan-2022

Isu pemilikan jutaan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki masih hangat dibicarakan orang ramai.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam iaitu Nasir Baki, namun enam ahli LPPR menegaskan kenyataan tersebut hanyalah pendapat peribadi beliau saja.

Advertisement

Situasi tersebut telah menambahkan lagi persoalan serta perspektif negatif tanpa ada jawapan yang pasti dan Abu Zahar turut menjelaskan, dirinya berasa terkejut apabila kesemua enam ahli LPPR itu mengadakan mesyuarat tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Abu Zahar dan Azam Baki : Google  

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukannya sebagai Pengerusi LPPR sekiranya kenyataan media yang dibuat beliau telah menimbulkan salah faham hingga menjatuhkan imej baik SPRM.

Bagaimanapun, sementara kekecohan sedang berlaku, seseorang yang menjadi subjek perbincangan iaitu Azam Baki meminta semua pihak supaya bersabar kerana kebenaran akan terungkap tidak lama lagi, katanya semalam.

Azam Baki menyerahkan dirinya sendiri kepada ahli jawatankuasa SPRM yang lain bagi menyiasat isu ini serta percaya kebenaran akan terbongkar satu hari nanti.

Tambahnya lagi, beliau sendiri akan tunjukkan perkara yang sebenar apabila sudah tiba masa dan waktu yang sesuai.

Azam Baki Muhyiddin Yassin
3 jam lalu

Bukan Saya Lantik Azam Baki, Hanya Ikut Prosedur - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Azam Baki Percaya Kebenaran Akan Terungkap, Minta Semua Pihak Bersabar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...