EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Usul undi tak percaya gagal guling kerajaan - Tun M

0 month ago, 11-Jun-2021




KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yakin usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat tidak mampu menggulingkan kerajaan yang ada sekarang, jika ia diusulkan ketika Parlimen dibenarkan bersidang nanti.

Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu yakin individu dalam kerajaan, khususnya yang memiliki kes mahkamah ketika ini, tidak akan berani mengambil tindakan drastik seperti menarik sokongan mereka kepada kerajaan.

"Jika ada usul undi tidak percaya di Parlimen, ia tiada kesan kerana saya berpendapat individu menyokong kerajaan ketika ini, memberikan sokongan kerana masalah mereka hadapi.

"Kalau kerajaan hari ini jatuh, mereka juga akan terkeluar daripada kerajaan. Ia bahaya untuk mereka kerana mereka ada kes mahkamah.

"Jika kekal dalam kerajaan, mereka ada ruang untuk memanipulasi perkara tertentu. Jadi usul undi tidak percaya tidak akan beri kesan untuk mengubah kerajaan," katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah kerajaan yang sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah pembukaan semula Parlimen secara hibrid, yang membabitkan penyertaan Ahli Parlimen secara kehadiran fizikal dan maya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, dalam situasi pandemik ketika ini, Parlimen perlu berfungsi untuk mengetengahkan masalah dihadapi rakyat dan mencari idea untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

"Selain itu, apabila Parlimen bersidang, antara langkah pertama adalah untuk melihat sama ada proklamasi darurat ketika ini disokong Dewan Rakyat atau sebaliknya.

"Ini kerana undang-undang memperuntukkan pengisytiharan darurat perlu dibentang dan di putuskan di Parlimen, namun ini tidak dilaksanakan. Darurat ketika ini tidak selaras undang-undang," katanya.



SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...