EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Perbicaraan kes Najib, Zahid tangguh lagi kerana PKP

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

KUALA LUMPUR Perbicaraan jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak dan timbalannya ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi, yang dijadualkan minggu depan ditangguhkan kerana perintah kawalan pergerakan (PKP), kata pendakwa.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes membabitkan audit 1MDB terhadap Najib berkata, mahkamah memaklumkan perkara itu kepada mereka.

Perbicaraan sepatutnya dijadualkan empat hari bermula 18 Jan.

Pada masa sama, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Toran yang mengetuai pendakwaan dalam kes terhadap Zahid berkata, perbicaraan akan disambung pada 27 Jan jika PKP ditamatkan.

Perbicaraan itu sepatutnya berlangsung dari 18 hingga 27 Jan.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Zahid berkata, perbicaraan jenayah tidak dapat diteruskan susulan arahan dikeluarkan pejabat ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan supaya prosiding tidak diadakan ketika PKP.

PKP selama dua minggu dijangka berakhir pada 26 Jan.

Perbicaraan penyalahgunaan kuasa membabitkan laporan audit 1MDB terhadap Ahli Parlimen Pekan itu akan disambung pada 22 Feb dengan keterangan 11 saksi lagi sebelum pendakwaan menutup kes.

Bekas CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, juga dituduh bersubahat dengan Najib.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dan presiden Umno, menghadapi 12 tuduhan pecah amanah jenayah, lapan tuduhan rasuah, dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumalh RM117 juta.

Pendakwaan sebelum ini memanggil 90 saksi dan mempunyai lapan lagi sebelum menutup kesnya.

Tahun lalu, dua perbicaraan itu juga ditangguhkan kerana PKP, atau disebabkan mereka kontak rapat dengan individu dijangkiti Covid-19.

https://bit.ly/3bAPo7e

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...