EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Perbezaan saiz gorila 180kg dengan monyet mini sebesar jari tidak menghalang belaian kasih sayang antara mereka, hati-hati jangan sampai terpicit!

0 month ago, 13-Sep-2020

Haiwan pelbagai spesies juga mampu berteman dan berkasih sayang. Seekor gorila bernama Bobo di Mefou Primate Sanctuary di Cameroon mempunyai berat 180 kilogram (400 paun), tetapi tidak menghalangnya mendapat teman baru yang merupakan anak monyet belukar liar yang kenit berukuran jarinya.

Terdapat lebih 300 ekor gorila yang tinggal di Cameroon Mefou Primate Sanctuary yang semuanya diselamatkan daripada pelbagai kesukaran.

Tidak terkecuali Bobo yang sudah dewasa sekarang kerana dia juga melalui zaman lampau yang sangat kasihan.

Bobo kehilangan ibunya ketika berusia 2 tahun dan dia bernasib baik kerana telah berjaya diselamatkan lantas dibawa ke tempat perlindungan tersebut untuk dibesarkan.

Dengan bantuan kakitangan di pusat pemuliharaan dan rizab hidupan liar, bersama gorila yang lain, Bobo telah membesar menjadi gorila yang sihat dan kuat dan juga tiba-tiba menjadi bapa kepada anak monyet berlainan spesies.

Walaupun Bobo nampak gagah perkasa dan mempunyai pengaruh besar di kalangan kawanan spesies gorila yang lain, namun dia sangat lembut dan tidak garang sama sekali.

Bobo dapat menyesuaikan diri dengan baik sesama spesies dan mempunyai hubungan yang harmoni bersama haiwan lain, jadi sifatnya itu amat mengagumkan.

Rakan baru Bobo merupakan seekor anak monyet belukar spesies Galago yang sangat kecil dengan beratnya hanya kira-kira 180 gram (0.4 paun). Monyet kecil itu secara tidak sengaja telah tersesat ke dalam rizab hidupan liar berkenaan dan Bobo menemuinya dengan rasa prihatin.

Bobo tidak menghalau anak monyet kecil itu, sebaliknya menjadikan dia sebagai teman sepermainan. Dia membiarkan monyet kenit itu melompat-lompat di sekeliling badan, dan memegang lengan serta tapak tangannya untuk bermain.

Anak monyet belukar ini sama sekali tidak takut dengan kawan besarnya, dan mereka menjalin hubungan kasih sayang yang mendalam sesama sendiri.

Gorila yang lain sangat ingin tahu tentang monyet mini ini dan telah datang memerhati. Mungkin dia dapat merasakan rakan barunya berasa gentar dan ketakutan, lalu Bobo membawanya ke tempat lain dengan segera.

Setelah anak monyet kecil puas bermain dengan Bobo selama lebih dari 2 jam, Bobo meletakkan dia kembali ke atas pokok. Kasih sayang dan persahabatan berharga berakhir dengan cara sempurna.

Bobo nampak gerun dan perkasa tetapi hatinya sangat lemah lembut dan comel. Walaupun saiz badannya sangat jauh berbeza dengan spesies monyet belukar kecil itu, aksi kedua haiwan ini ketika menunjukkan kasih sayang dalam pergaulan mereka amat menyentuh hati.

Perbezaan saiz gorila 180kg dengan monyet mini sebesar jari tidak menghalang belaian kasih sayang antara mereka, hati-hati jangan sampai terpicit! Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...