EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Tip Bawa Peralatan Solek Semasa Bercuti Dengan Bijak!

0 month ago, 10-Sep-2019


Gambar: saubhaya.com

Teks: Izzati Saadin

Maksudnya? Anda ingin kekal cantik dalam masa yang sama less item needed to be pack! Saya tahu caranya. Antara perkara yang melecehkan setiap kali ingin bercuti atau ke work trip? Pastinya waktu packing! Selepas tiga minggu berturut-turut saya perlu kembara atas urusan kerja, I can finally mastered the art of packing! Baik pakaian ataupun toiletteries. Yang penting item cantik yang saya selalunya bawa dalam saiz besar kini saya hadkan kuantitinya.

Jika anda memang perlu membawa produk kecantikan dengan saiz sebenar, itemnya hanyalah alat solek! Iaitu yang di dalam palet sahaja. Kerana anda memang tiada pilihan untuk membawanya dalam kuantiti sedikit, lebih-lebih lagi palet pembayang mata dan kontur. Berus solekan juga antara item saiz sebenar yang perlu dibawa.

1. Sentiasa sediakan bekas yang tepat untuk alat solek anda. Seperti berus, sediakan tempat beg berus yang boleh dilipat. Ini bagi menjaga keadaan bulu berus dan juga faktor kebersihan!

2. Asingkan beg solekan dan beg penjagaan kulit. Kerana produk penjagaan kulit berpotensi untuk bocor. Bedak asas juga letakkan di dalam beg penjagaan kulit.

3. Elakkan botol kaca diletakkan bersama botolkaca yang lain. Jika perlu diletak bersama, balut bersama kain nipis atau selang selikan bersama produk yang bukan berbotol kaca.

Dan item cantik lain seperti penggaris mata, pensel kening, maskara semuanya memang hadir dalam bentuk yang kecil jadi tidak mengapa. Ternyata waktu balik nanti ia akan menjimatkan ruang bagasi anda!


SUMBER : eh.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com