www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Perak mara ke pusingan ketiga kelayakan ACL

0 month ago, 13-Feb-2019


PEMAIN Perak meraikan kemenangan ke atas pasukan Kitchee SC IPOH 12 Feb. – Perak mara ke pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas menewaskan kelab Hong Kong, Kitchee SC 6-5 menerusi penentuan penalti setelah kedudukan terikat 1-1 sehingga masa tambahan di Stadium Perak di sini hari ini.




Dalam perlawanan di laman sendiri, pasukan tuan rumah menguasai babak awal permainan dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-14 apabila Wander Luiz menyempurnakan hantaran daripada Gilmar.

Kitchee terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pertahanan importnya, Matthew Smith dibuang padang kerana menampan bola menggunakan tangan pada minit ke-49.




Begitupun pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86 apabila pemain pertahanan, Li Ngai Hoi menyudahkan hantaran rakan sepasukan.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga 90 minit permainan menyebabkan perlawanan berlanjutan sehingga ke masa tambahan namun tiada gol tambahan dapat jaringkan.

Ini menyebabkan pemenang ditentukan menerusi penentuan penalti yang menyaksikan Perak muncul pemenang dengan keputusan 6-5. – UTUSAN






SUMBER : bazookapenaka.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts