www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Perak lulus penubuhan Mahkamah Utama Syariah

0 month ago, 06-Dec-2018


IPOH Perak mencipta sejarah apabila menjadi negeri pertama menubuhkan Mahkamah Utama Syariah sekali gus mempunyai empat lapisan mahkamah dalam sistem kehakiman syariah.

Sistem berkenaan sebelum ini hanya mempunyai tiga komponen iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Perkara itu diluluskan ketika Sidang Dun Perak semalam selepas Exco Agama, Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi mengemukakan usul Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) (Pindaan) 2018.

Asmuni (Amanah-Manjoi) berkata, penubuhan mahkamah itu bertujuan memperkasa struktur, urusan pentadbiran dan kredibiliti institusi kehakiman syariah di Perak.

Cadangan pindaan ini mengambil kira titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak semasa Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Sidang Dun Perak ke-14 pada 6 Ogos lalu bahawa satu lagi lapisan Mahkamah Rayuan diwujudkan di dalam sistem Mahkamah Syariah di negeri ini.

Pada ketika ini Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 hanya memperuntukkan tiga lapisan Mahkamah di dalam sistem kehakiman syariah di negeri ini iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Oleh itu, adalah dicadangkan pindaan dibuat kepada seksyen 44 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 dengan memperuntukkan penubuhan satu lagi lapisan Mahkamah Rayuan Syariah yang dikenali sebagai Mahkamah Utama Syariah, katanya ketika membentangkan usul tersebut, hari ini.

Selepas usul dibentangkan, beberapa Adun kerajaan dan pembangkang mengambil tempat untuk berbahas antaranya Yahaya Mat Nor (Amanah-Pasir Panjang); Datuk Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan); Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (BN-Tualang Sekah) dan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (BN-Pangkor).

Enakmen tersebut kemudian diluluskan Dun tanpa bantahan selain Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018.

Enakmen tersebut dibentangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan khusus berkenaan dengan penyusunan Mahkamah Syariah, bidang kuasanya, perjalanan kuasanya serta lapisan baharu peringkat rayuan Mahkamah Syariah.

Asmuni berkata, ia diwujudkan bagi memastikan pelaksanaan fungsi kehakiman Syariah dapat dilaksanakan secara efisien dan berkesan seterusnya merealisasikan usaha memartabatkan kedudukannya sebagai institusi kehakiman berwibawa dalam negeri ini. Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

-

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)


SUMBER : indahnyaislam.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts