EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Perak benarkan orang ramai makan di restoran

0 month ago, 20-May-2020

Kerajaan negeri Perak membenarkan pelanggan makan di premis makanan berkuat kuasa serta-merta dan mereka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata bagaimanapunperkara itu juga terserah kepada pengusaha sama ada mahu membenarkan pelanggan mereka berbuat demikian atau tidak.

Sekiranya mereka bersedia untuk mematuhi SOP ketat yang ketat, bolehlah dibenarkan. Jika belum bersedia, eloklah tangguhkan dahulu, katanya menerusi laporan Bernama.

Selain itu, beliauturut mengumumkan semua taman rekreasi awam kini dibuka serta-merta kepada orang ramai menjalankan aktiviti riadah, namun wajib mematuhi SOP ketat.

Ahmad Faizal juga mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 kepada 13,000 penjawat awam negeri berjumlah RM1,000 setiap seorang yang dibayar hari ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Saya menyeru agar bantuan ini dibelanjakan sebaiknya untuk persiapan Aidilfitri secara sederhana agar nanti sampai ke kantung peniaga dan penjaja kecil seluruh negeri Perak hendaknya,ujarnya.

: Bernama


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...