EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Penyudah Harimau kena tajam

0 month ago, 10-Sep-2019

Image may contain: 5 people, people smiling, people sittingKUALA LUMPUR 10 Sept. Menjangkakan percubaan yang akan dilakukan Malaysia kali ini mungkin tidak sebanyak ketika bertemu Indonesia, Tan Cheng Hoe mahu anak-anak buahnya memanfaatkan peluang dengan sebaik mungkin.

Dalam masa sama, pengendali Harimau Malaya itu mahu pemainnya mengelak daripada melakukan kesilapan mudah yang boleh menghukum mereka malam ini.

“Menentang UAE adalah cabaran yang sangat sukar berbanding ketika menentang Indonesia.



Saya tahu UAE telah membuat persiapan sejak Julai lalu dan sudah pasti mereka telah melihat permainan kita sebelum ini dalam aksi pertama kumpulan.

“Sebagai jurulatih saya sentiasa menaruh keyakinan kepada pemain dan mereka perlu mempunyai rasa yang sama, selain turun ke padang dengan motivasi tinggi.





“Kita juga perlu kurangkan kesilapan terutama melakukan hantaran lemah dan hilang penguasaan bola dalam kawasan penalti hingga memberi peluang kepada lawan mencipta jaringan,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Jalil semalam.

Skuad negara kini menerajui Kumpulan G selepas menewaskan Indonesia 3-2 di Gelora Bung Karno, Khamis lalu pada ketika satu lagi perlawanan melibatkan Thailand dan Vietnam berkesudahan seri 0-0.

Aksi berdepan UAE adalah cabaran paling sukar, apatah lagi Harimau Malaya sudah lama tidak melakar kemenangan ke atas mereka sejak Pestabola Merdeka 1982 (2-1).





SUMBER : bazookapenaka.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com