EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Penyu puas hati dapat ikat Tok Gajah

0 month ago, 14-Jul-2019

PENOLONG ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Mohamad Nik mengakui gembira selepas skuad Penyu berjaya mengikat Pahang 1-1 dalam aksi Liga Super kelmarin.

Menurutnya, beliau berpuas hati dengan corak permainan konsisten dipamerkan anak buahnya menetang Tok Gajah yang disifatkan antara pasukan terkuat dalam saingan Liga Super.

Beliau berkata kesungguhan anak buahnya memberi tentangan hebat terhadap skuad Tok Gajah wajar diberi pujian lebih-lebih lagi apabila berjaya mengunci gerakan pemain lawan daripada mendapat sepakan percuma yang mengundang padah seperti ketika perlawanan menentang Kedah, Selasa lepas.

Saya cukup berpuas hati dengan dengan persembahan yang dipamerkan pemain. Walaupun ada sedikit kelemahan di bahagian pertahanan sehingga membolehkan Pahang mendapat gol penyamaan pada minit ke-50, namun ia tidak menjejaskan keseluruhan permainan pasukan.

Saya mengharapkan corak permainan konsisten ini dapat diteruskan pemain untuk perlawanan terakhir menentang Johor Darul Tazim (JDT), katanya.

Mengenai perlawanan berdepan juara liga, JDT pada perlawanan terakhir Liga Super 2019 pada 19 Julai ini, beliau optimis pemain TFC mampu menyerap tekanan dan mencatat keputusan positif, sekali gus memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Berdasarkan aksi dan tahap permainan pemain, saya yakin kita mampu melakar kejutan ke atas JDT, katanya.

Penyu puas hati dapat ikat Tok Gajah Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com