EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Penyokong Desak Inter Kekalkan Nainggolan Walaupun Conte Pilih Untuk Jual

0 month ago, 12-Jul-2019

Penyokong Inter Milan mendesak agar Radja Nainggolan dikekalkan bersama kelab tersebut, walaupun Antonio Conte dikatakan mahu pemain tengah itu dijual pada jendela perpindahan musim panas ini.

Masa depan Nainggolan menjadi tanda tanya selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Beppe Morata mengesahkan Nainggolan tidak berada dalam perancangan bekas pengendali Juventus dan Chelsea itu.

#Inter fans call for Radja Nainggolan to stay, despite Antonio Contes wish to sell the midfielder https://t.co/mxlG4UQKFH #FCIM pic.twitter.com/QPw5X98TIF

footballitalia (@footballitalia) July 12, 2019

Namun demikian, Calciomercato.com berkata penyokong telah menghadirkan diri ke pusat latihan Nerazzurri di Lugano untuk meyakinkan kelab agar mengekalkan pemain yang berasal dari Belgium itu.

Ninja, terus kekal di Milan! jerit kumpulan penyokong tersebut merujuk kepada Nainggolan.

Inter Milan membelanjakan 40 juta untuk membawa pemain tengah berusia 31 tahun itu dari Roma pada musim panas lalu. Sebagai ganti, Inter membenarkan dua pemain, Nicolo Zaniolo dan Davide Santon untuk menyertai Roma.

Radja Nainggolans wife, Claudia, has announced she is suffering from cancer and will start Chemotherapy today. ????

Absolutely gutting news. s hope she makes a full recovery. ???? pic.twitter.com/kC8iyH6szg

Football Tweet (@Football__Tweet) July 11, 2019

Sejak daripada itu, Nainggolan seperti bergelut dengan masalah kecergasan, namun masih berjaya menyumbang 7 jaringan dan tiga bantuan gol.

Baru-baru ini isteri kepada Nainggolan, Claudia Lai juga mendedahkan dirinya kini sedang menghidap kanser, dan sedang menjalani proses rawatan.


SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com