EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Penyenaraian Saudi Aramco Positif Untuk Malaysia

0 month ago, 07-Nov-2019



oleh: MAZLI NOOR


Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat berpandangan cadangan penyenaraian syarikat minyak Arab Saudi iaitu Saudi Aramco merupakan sesuatu yang amat positif kepada pasaran global dan Malaysia. Sebagai sebuah konglomerat minyak utama dunia yang dianggarkan bernilai antara USD1.2 hingga USD2.3 trillion, dagangan saham pada skala mega yang akan disenaraikan nanti bakal memberi faedah kepada pelabur-pelabur global, terutama yang ingin masuk dan terlibat dengan pasaran minyak dan gas.

Untuk permulaan 2% daripada saham Saudi Aramco akan disenaraikan di bursa Riyah terlebih dahulu sebelum diikuti oleh bursa-bursa antarabangsa lain. Suntikkan modal baharu yang akan diperolehi daripada peneynaraian ini akan memberikan modal kerja baharu kepada Saudi Aramco untuk memperkukuhkan lagi pelaburan secara global, termasuk Malaysia.

Sebagai syarikat minyak terbesar dunia, mengikut majalah Forbes, peningkatan pelaburan Saudi Aramco akan juga menyumbang kepada simpanan dan pengeluaran minyak dunia. Ini akhirnya akan membantu menstabilkan harga dan pasaran minyak dunia secara keseluruhan.

Kami juga berpandangan tawaran Saudi Aramco kepada Petronas untuk melanggan saham mereka yang akan disenaraikan nanti, amat sebagai positif. Ini akan memperkukhkan lagi kerjasama perniagaan yang sudah sedia ada antara Saudi Aramco dan Petronas, sepertimana projek Pembangunan Penapisan dan Petrokimia (RAPID) Pengerang.

Tawaran kepada Petronas ini juga mengambarkan keyakinan Saudi Aramco kepada tadbir urus dan pasukan pengurusan Petronas dalam menguruskan perniagaan sebagaimana yang dimandatkan. Jesteru kami berpandangan Petronas seharusnya mengambil peluang ini untuk mengembangkan lagi kerjasama perniagaan bersama Saudi Aramco untuk faedah kepada Petronas dan pertumbuhan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya.

MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi 2
Lajnah Ekonomi, Hartanah & Pembangunan Usahawan PAS Pusat.

9 Rabiul Awal 1441H
7 November 2019

SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...