www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Ada penyelamat bantu Fighters singkirkan Selangor: Nidzam

0 month ago, 16-Apr-2019


Ketua Jurulatih Felda United, Mohd Nidzam Jamil menganggap kemenangan 2-1 ke atas Selangor dalam aksi pusingan ketiga Piala FA hadir tanpa disangka-sangka.

 

Mohd Nidzam berkata, walaupun perancangan dan taktikal awal pasukan tidak menjadi, namun siapa percaya The Fighters mampu menang melalui magis dan keajaiban dalam bola sepak.

 

“Perancangan asal kita pada awalnya untuk banyak meletakkan bola di belakang pertahanan Selangor. Sebab kita rasa itu ruang yang boleh kita masuk. Malangnya tak menjadi.

 

“Kadang-kadang bola sepak ini gila! Bila kami tak menang dengan kerjasama berpasukan dan kombinasi hantaran, kami boleh menang dengan cara seperti ini, permainan individu.

 

“Saya juga perlu katakan bahawa kami ada individu (merujuk kepada Muhammad Hadin Azman) yang boleh beri magis kepada pasukan. Saya tak nak sebut nama takut nanti dia perasan. Tapi hari ini individu itu sekali lagi menyelamatkan saya dan pasukan,” katanya.

 

Dalam aksi di Stadium Shah Alam malam tadi, The Fighters terlebih dahulu ketinggalan satu gol pada minit ke-54 sebelum bangkit mencatat kemenangan hasil jaringan Thiago Aquino dan Hadin, masing-masing pada minit ke-63 dan 87.

 

Tambah Mohd Nidzam, kemenangan ini juga sukar dipercayai terutama apabila dapat melihat sendiri anak buahnya menyingkirkan finalis Piala FA tahun lalu itu di stadium keramat mereka untuk mara ke separuh akhir.

 

“Kemenangan ini bukti kerja keras semua dari pemain, staf kejurulatihan, hinggalah ke pihak pengurusan yang sentiasa memberi komitmen 100 peratus. Kemenangan ini untuk semua termasuk warga Felda seluruh negara.

 

“Ini satu perasaan yang bagus bila dapat menewaskan finalis tahun lalu yang juga sebuah pasukan besar. Pujian perlu diberikan kepada pemain yang menjadi nadi utama dalam merealisasikannya.

 

“Saya tidak mahu bagaimana untuk beri ganjaran kepada pemain, tetapi saya rasa berbaloi hadir ke sini dan mengorbankan masa rehat walaupun masih terlibat dengan kursus (kejurulatihan),” katanya lagi.

 

 

Ada ‘penyelamat’ bantu Fighters singkirkan Selangor: Nidzam Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts