EdisiViral.Com Search Guest Post Login

PENYATUAN BUKAN PERKAUMAN, KATA TUAN IBRAHIM

0 month ago, 12-Sep-2019

Menurut Tuan Ibrahim, PAS akan memastikan rancangan terbaharu mereka dan UMNO itu tidak akan meminggirkan hak orang bukan Islam di negara ini."PAS ingin menegaskan bahawa hubungan taawun siyasi atau kerjasama politik antara parti Melayu Islam terbesar di negara ini adalah dasar penyatuan bukan perkauman," katanya dalam satu kenyataan.Beliau menyifatkan dakwaan hubungan PAS dan UMNO bermotifkan sentimen perkauman yang sempit dan boleh mengundang konflik keharmonian hanyalah propaganda PAKATAN HARAPAN."Tindakan membentuk kerjasama PAS dan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 untuk mempertautkan semula orang-orang Melayu yang merupakan tonggak politik utama negara dengan menjadikan Islam sebagai teras penyatuan," tegasnya.Kononnya Kerajaan PAKATAN HARAPAN sekarang sedang memainkan isu yang jelas menggugat status quo negara seperti ICERD, Statut Rom, UEC, Pilihan Raya Kerajaan Tempatan, LGBT serta hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. "Maka, penyatuan ini adalah satu tuntutan yang mendesak supaya dapat mengimbangi isu-isu sensitif yang dimainkan oleh PAKATAN HARAPAN." ujarnya.Layari Facebook kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Live Talk Show Bicara Najib Razak | Live Talk Show Bicara Yb Khalid samadFacebook : https://www.facebook.com/jomchannelon...Youtube : https://www.youtube.com/c/JomchannelTwitter : https://twitter.com/JomchannelWebsite : https://jomchannel.tv/#TuanIbrahimTuanMan#PasUmno#PiagamPasUmno#RentasanBerita #JomChannel#SidangParlimen2019

SUMBER : youtube



Live Website Traffic





www.edisiviral.com