EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Dua penyamun berputih mata ketika cuba menyekat usaha gigih penunggang Grab Food yang sedang mencari rezeki halal

0 month ago, 13-Aug-2019

Apabila kita malas untuk bekerja dan menjadikan kerja menyamun sesiapa sahaja sebagai karier, adakah ia amat berbaloi dan boleh dijadikan kebanggaan dalam kehidupan? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Satu rakaman video di Facebook yang menjadi tular dengan lebih 1 juta tontonan dan hampir 20 ribu perkongsian menunjukkan seorang penunggang Grab Food mengalami detik cemas selepas hampir menjadi mangsa samun dua lelaki di Phileo Damansara 2, Petaling Jaya.

Facebook |Info Road JPJ/POLIS

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 2.52 petang Jumaat, 9 Ogos ketika mangsa bernama Muhammad Amirul Adli Mohd Saharudin, 22 tahun yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR sedang bekerja menghantar makanan Grab Food dan dalam perjalanan dari One Utama ke Phileo Damansara 2, Petaling Jaya.

Mangsa telah membuat laporan polis dengan menyatakan dia telah didatangi dua suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dengan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti. Salah seorang suspek menyuruh mangsa turun dari motosikal kerana mendakwa motosikal mangsa adalah motosikal curi dan mahu mengambilnya.

Facebook |Info Road JPJ/POLIS

Secara tiba-tiba, seorang lagi suspek datang dari arah belakang dan terus memukul mangsa di bahagian kepala menggunakan fork lock serta mengheretnya dari motosikal itu.

Salah seorang suspek kemudian cuba membawa lari motosikal tersebut apabila mangsa dengan berani telah bangkit melawan dan menendang motosikal yang ingin dibawa lari sehingga jatuh.

Facebook |Info Road JPJ/POLIS

Mangsa telah bersungguh-sungguh mempertahankan motosikalnya dan juga wang pelanggan daripada disamun dua suspek.

Akibat pergelutan yang turut disaksikan beberapa orang di tempat kejadian, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian telinga, kepala, belakang badan, mulut dan beberapa bahagian lain. Selain motosikal mangsa mengalami sedikit kerosakan, tiada kerugian lain yang dilaporkan kerana kegagalan suspek dalam cubaan menyamun tersebut.

Facebook |Info Road JPJ/POLIS

Ketika mangsa sedang bergelut dengan kedua-dua suspek, telefon bimbit salah seorang daripada mereka telah terjatuh sebelum kedua-duanya melarikan diri, dan mangsa telah menyerahkannya kepada pihak polis.

Berikutan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, salah seorang suspek telah berjaya ditahan di sebuah pangsapuri di Jalan Kuang Bertam 9, Taman Kepong pada pagi Sabtu 10 Ogos.

Facebook |Info Road JPJ/POLIS

Dalam satu laporanmediaoleh Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata suspek yang berusia 33 tahun telah diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya pada jam 4.45 pagi.

Hasil siasatan lanjut mendapati suspek yang ditahan mempunyai 3 rekod jenayah lampau berkaitan samun mengikut Seksyen 379 (A) dan Seksyen 379 serta Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Facebook |Info Road JPJ/POLIS

Dalam butiran siasatan turut dinyatakan bahawa rakan suspek yang terlibat sama dalam cubaan jenayah menyamun tersebut masih bebas dan mereka berdua adalah kawan yang pernah menginap di Penjara Kajang sejak tahun 2010.

Suspek telah direman selama 6 hari bermula Sabtu untuk membantu siasatan dan pihak polis sedang giat memburu seorang lagi suspek yang terlibat dalam insiden terbabit.

Tonton rakaman CCTV insiden terbabit di bawah :

Facebook |Info Road JPJ/POLIS

:Facebook |Info Road JPJ/POLIS

Dua penyamun berputih mata ketika cuba menyekat usaha gigih penunggang Grab Food yang sedang mencari rezeki halal Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com