EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Penunggang motosikal terbabas langgar pintu kereta yang dibuka secara tiba-tiba

0 month ago, 12-Aug-2019

Sebuah rakaman kamera papan pemuka yang berjaya merakam insiden kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan sebuah motosikal telah tular di media sosial sejak dimuatnaik pada petang 8 Ogos yang lalu.

Menerusi rakaman berdurasi 35 saat yang dimuatnaik oleh @999Malaysia di Twitter, situasi menunjukkan beberapa buah kenderaan sedang beratur di persimpangan lampu isyarat Sg. Manggis menghala ke Banting, Selangor.

@999Malaysia/Twitter

Walau bagaimanapun, suasana yang pada mulanya tenang bertukar cemas apabila seorang penumpang kereta Myvi secara tiba-tiba membuka pintu penumpang belakang ketika sedang berhenti dan dalam masa yang sama telah dilanggar secara tidak sengaja oleh sebuah motosikal yang sedang laju melintasi antara barisan itu.

@999Malaysia/Twitter

@999Malaysia/Twitter

Akibat pelanggaran yang agak kuat itu, penunggang motosikal dengan motosikalnya telah tercampak ke hadapan dan menghentam sebuah lagi kereta di baris bersebelahan.

Rakaman dashcam kemalangan berlaku lewat petang tadi di persimpangan lampu isyarat Sg Manggis menghala Banting..

Kredit : My Kuala Langat#999malaysia pic.twitter.com/UNB81ZTJGo

999 Malaysia ???????? (@999Malaysia) August 9, 2019

@999Malaysia/Twitter

Tidak lama kemudian, penumpang kereta Myvi yang dipercayai membuka pintu kereta sebelum itu telah keluar dan mendapatkan mangsa yang sedang terbaring di atas jalan akibat pelanggaran itu.

@999Malaysia/Twitter

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah mendapat 2,660retweets,1,036 sukaan dan 283 komen dari pengguna media sosial Twitter yang rata-ratanya mengecam tindakan penumpang kereta yang membuka pintu kereta secara tiba-tiba ketika di atas jalan raya.

Ada juga antara pengguna yang menyangka bahawa penumpang itu sebenarnya hanya mahu merapatkan pintu yang tidak tertutup rapat.

 

@999Malaysia/Twitter

Sehubungan itu, beberapa pengguna internet menyarankan agar kunci keselamatan khas untuk kanak-kanak sentiasa dipasang agar tindakan cuai sebegini tidak akan berlaku sewenang-wenangnya lagi.

 

@999Malaysia/Twitter

 

@999Malaysia/Twitter

Di Malaysia, kes sebegini sebenarnya bukanlah pertama kali berlaku malah pernah terjadi sebelum ini. Misalnya, pada 1 Jun yang lalu, seorang wanita yang menunggang motosikal maut apabila tidak sengaja merempuh pintu kereta yang secara tiba-tiba membuka pintu keretanya ketika sedang berhenti di bahu jalan.

Lebih malang lagi, mangsa yang pada ketika itu sudah tercampak di atas jalan raya terus digilis oleh van yang datang dari arah yang sama.

Oleh itu, dinasihatkan agar kita sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling sebelum melakukan apa-apa tindakan terutamanya ketika sedang berada di jalan raya. Sentiasalah bertimbang rasa dengan pengguna jalan raya yang lain dan tidak mementingkan diri.

Penunggang motosikal terbabas langgar pintu kereta yang dibuka secara tiba-tiba Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com