EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Pentingkan video daripada bantu bunyikan hon pada pemandu microsleep, si perakam dikecam

0 month ago, 10-Sep-2019

Microsleep,adalah keadaan dimana tidur singkat yang sukar untuk dikawal dan boleh berlaku dalam tempoh beberapa saat dimana ia terjadi tanpa amaran. Sering berlaku kepada individu yang sedang mengantuk tetapi cuba untuk kekal berjaga.

Terbaru, satu rakaman telah tular di sosial media memaparkan sebuah kereta telah terlibat dalam kemalangan, dipercayai pemandunya mengalamaimicrosleep.

Di dalam rakaman yang diambil oleh salah seorang saksi yang kejadian, memaparkan kereta mangsa sudah mula nampak seperti tersasar daripada laluan sebelum merempuh lori yang berada di hadapan.

Bahaya microsleep. pic.twitter.com/WpabNugQNo

MyWatch (@My_CrimeWatch) September 7, 2019

Namun dalam kalangan netizen pula, rata-ratanya mula mempersoalkan tindakan si perakam yang lebih fokus merakam video yang berdurasi 45 saat itu daripada cuba untuk menghalang kemalangan tersebut.

Ramai yang berpendapat, bahawa kemalangan tersebut boleh dielakan jika si perakam itu bertindak membunyikan hon bagi menyedarkan pemandu tersebut.

Setakat ini, tidak dikenal pasti identiti dan keadaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Diharapkan, kejadian ini menjadi iktibar buat kita supaya bertindak bijak jika terjadi kecemasan yang sebegini rupa.

: My Watch




Live Website Traffic





www.edisiviral.com