EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pentingkan Pendidikan Anak-Anak, A. Aida Terharu Anak Sulung Bakal Bergelar Doktor

0 month ago, 08-Apr-2021

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mengungkap rasa terharu apabila anak sulungnya, Wan Az Aleesa, 25 berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Dietetik dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada majlis konvokesyen yang diadakan di kampus bertempat di Bangi.

Foto: IG @a_aidaproduction

Menerusi Harian Metro, Aida atau nama sebenar Zaidah Awang telah menetapkan anaknya itu untuk menjadi seorang doktor sejak kecil lagi.

Ujarnya, dia tidak dapat hadir ke istiadat konvokesyen anaknya demi memenuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan selain daripada peraturan yang dikeluarkan oleh universiti itu sendiri.

Foto: IG @az.aleesa

Penerbit berusia 51 tahun itu mengakui bahawa menjadi ibu tunggal kepada 3 orang anak dengan pelbagai karakter bukanlah perkara yang mudah. Dia juga kadang kala akan menangis sendiri.

Pendidikan anak-anak amat dititikberatkan

Dia turut menegaskan bahawa pendidikan anak-anaknya amat dititikberatkan. Dia juga bersyukur anak-anaknya tiada masalah untuk mengikut cadangan yang diberi.

Foto: IG @a_aidaproduction

“Saya memang pentingkan pendidikan anak-anak. Saya sudah tetapkan anak pertama kena menjadi doktor dan selalu ingatkan dia. Saya asah dan tanamkan minat dia dari kecil. Alhamdulillah, dia okay dan ikut. Kiranya buku memang teman baik dia. Walaupun tidak membesar dengan bapa kandungnya, saya bersyukur Allah hantar Prof Madya Datuk Dr Ustaz Ariff sebagai bapa angkat anak-anak saya. Dia yang membantu anak-anak dalam pelajaran.”

Menurutnya, Aleesa bakal menyambung pengajian di peringkat Sarjana Irritable Bowel Diseases (IBD) Gastroenterologist di Fakulti Perubatan, HUKM.

Foto: IG @az.aleesa

Anak keduanya pula, Wan Eva Natassha, 20, dididik untuk menjadi akauntan manakala anak ketiga, Muhammad Rahul, 13, menjadi peguam.

Wan Az Aleesa dan Wan Eva Natassha adalah anak hasil perkahwinan dengan penyanyi, Ameng, manakala Rahul pula menerusi perkahwinan ketiga dengan seorang pegawai polis.



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...