EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pentingkan diri itu bukan saya Hafreez Adam

0 month ago, 11-Jun-2021

PERNAH menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19 dan walaupun dirinya disahkan negatif daripada virus tersebut, pelakon Hafreez Adam enggan mengambil ringan soal kuarantin kendiri.

Dedah Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, beberapa hari sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, dia mendapat tahu dirinya antara individu yang pernah berjumpa dengan pesakit yang disahkan dijangkiti wabak tersebut.

Saya paling risau keadaan ibu sebaik sahaja dimaklumkan menjadi salah seorang kontak rapat pesakit Covid-19. Ibu saya sudah berusia, tapi syukur alhamdulillah hasil keputusan semua negatif.

Walaupun disahkan negatif, kami tetap berjaga-jaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Tak mahulah ada sikap pentingkan diri sendiri.

Ibu kini sedang kuarantin di rumah kakak sebab kebetulan dia pergi ke rumah kakak sulung dan terpaksa mengurung diri di sana secara berasingan dengan saya, katanya kepada URTV.

Tambah aktor berusia 31 tahun itu lagi, pada awalnya keputusan ujian calitan RTK adiknya positif. Namun selepas mereka mengambil iniatif lain dengan melakukan ujian saringan PCR, ke semua mereka disahkan negatif.

Siapa tahu, jika tiba-tiba simptom atau gejala Covid-19 lambat keluar dan menunjukkan reaksi. Mungkin jugalah disebabkan imunisasi badan saya kuat membuatkan saya tidak mengalami sebarang simptom yang membimbangkan, jelasnya.

Enggan mementingkan diri, Hafreez sanggup melepaskan tawaran supertele berjudul Seratus The Movie kerana tidak mahu menyusahkan dan memberi risiko kepada kru produksi.

Meskipun telah disahkan negatif daripada virus tersebut, namun Hafreez mengambil tanggungjawab untuk tetap menjalani tempoh kuarantin kendiri di rumah.

Pada mulanya saya rasa agak ralat juga sebab tolak rezeki dan peluang di depan mata, tapi saya tetap menarik diri sebab tak mahu membahayakan dan beri risiko kepada orang lain, jelasnya.



SUMBER : utusantv.com



Live Website Traffic


loading...