EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Yang Penting Halal.. Tegar Septian Kembali Busking Demi Isteri Dan Anak

0 month ago, 30-Aug-2021

Nama Tegar Septian kembali menjadi bualan warganet setelah dia memuat naik sebuah gambar di akaun Instagramnya memaparkan diri sedang menyanyi dan bermain alat muzik di jalanan.

Advertisement

Setelah bergelar bapa, Tegar terus berusaha untuk menampung pendapatan keluarganya dan memberitahu orang ramai dirinya telah kembali menyanyi di jalanan.

Tidak berseorangan, penyanyi yang pernah terkenal dengan laguAku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu turut ditemani dengan seorang lelaki yang dipercayai kawannya.

Advertisement

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata orang ramai memberi kata-kata semangat untuk penyanyi itu terus mencari rezeki biarpun tidak semewah dahulu.

Cayalah tidak malu bergelar busker.

Terdahulu, Tegar mula mencipta nama di industri muzik ketika beliau berumur 11 tahun bermula dari penyanyi jalanan sahaja dan remaja itu berjaya mengubah nasib keluarganya yang hidup serba kekurangan, namun kehidupannya kembali menjadi seperti dahulu selepas dimaklumkan menjadi mangsa penipuan pihak tertentu.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Yang Penting Halal.. Tegar Septian Kembali Busking Demi Isteri Dan Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...