EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Penterjemahan kamera Google Translate kini menyokong 60 bahasa baru dan fungsi AI yang lebih baik

0 month ago, 11-Jul-2019

Google Translate adalah salah satu aplikasi dan perkhidmatan yang seringkali digunakan buat menterjemah bahasa. Kali ini Google telah mengeluarkan kemaskini terbaharu dengan sokongan 60 bahasa baru dan fungsi AI yang lebih baik.

Dengan sokongan 60 bahasa baru, ia menjadikan jumlah keseluruhan yang menyokong penterjemahan bahasa melalui kamera Google Translate adalah sebanyak 88 bahasa, termasuk bahasa Arabic, Bengali, Estonian, Greek, Hindi, Javanese, Latin, Melayu, Persian, Thai, Vietnamese dan pelbagai lagi bahasa.

Penambahbaikan teknologi AI dengan bantuan Neural Machine Translation (NMT) juga memberi kesan terhadap pengurangan kesalahan penterjemahan bahasa sehingga 85 peratus. Ia ternyata adalah satu berita baik buat pengguna setia Google Translate.

Jika anda tidak biasa lagi dengan fungsi ini, anda boleh gunakan fungsi ini pada aplikasi Google Translate dengan membuka fungsi kamera pada aplikasi ini dan imbas tulisan melalui kamera untuk aplikasi ini menterjemah perkataan yang anda ingin tanpa anda menulisnya.

Menurut The Verge, pelepasan kemaskini ini hanya didapati buat 1% pengguna sahaja buat hari ini. Ia mungkin akan mengambil beberapa minggu untuk dilepaskan buat semua pengguna diseluruh negara.

Penterjemahan kamera Google Translate kini menyokong 60 bahasa baru dan fungsi AI yang lebih baik TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com