EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PENOREH GETAH UGUT BUNUH IBU KANDUNG DIDAKWA

0 month ago, 19-Nov-2020

KUALA KANGSAR: Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini atas tuduhan mengugut untuk membunuh ibu kandungnya kelmarin.

Tertuduh, Fadzir Mohd Zamhari, 48 tahun, yang masih bujang minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, Fadzir didakwa menakutkan Fatimah Mat Ali, 68 tahun dengan mengacukan sebilah parang ke perut ibunya serta mengugut mahu membunuh mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Sungai Akar, Kuala Kangsar, kira-kira pukul 6 pagi pada 17 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Rohaida tidak membenarkan sebarang jaminan diberikan berikutan mangsa merupakan ibu kandung dan tertuduh tinggal bersama mangsa.

Mahkamah menetapkan 4 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Terdahalu, kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hanida Abdul Kadir manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norizawani Ahmad Jalaludin. AlHijrah Online / Hamimah Hamid



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...