EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Penjual ikan yang baik hati memberi makanan panas kepada anjing liar yang kesejukan dan kelaparan keesokan harinya, anjing itu datang untuk membalas budi

8 month ago, 27-Feb-2019

Musim sejuk yang lalu, seorang wanita penjual ikan menemui seekor anjing liar yang sedang dalam kesejukan dan kelaparan. Suhu pada ketika itu adalah lebih rendah daripada biasa dan anjing itu dilihat menggigil di hadapan gerainya.

Oleh kerana rasa simpatinya yang mendalam kepada anjing itu, wanita itu memanaskan lebihan makanannya dan memberikannya kepada anjing itu.

Walau bagaimanapun, dia tidak pernah menyangka bahawa tindakannya itu adalah permulaan bagi hubungan istimewa antara mereka.

Ternyata, sejak hari itu, anjing itu sering melawat gerai ikannya.

Anjing yang berterima kasih dengan wanita itu tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah kepada gerainya dan anjing itu juga turut membantunya untuk menjaga gerai ikan itu.

Dikatakan ada satu hari ketika seorang penyeluk saku mahu mencuri dompet wanita itu, anjing itu bergegas menyelamatkan wanita itu sekaligus menggagalkan percubaan penjenayah itu.

Dengan penjagaan daripada wanita itu, anjing tersebut perlahan-lahan menjadi semakin sihat. Menariknya, tidak seperti anjing peliharaan lain, anjing itu tidak menjadi terlalu manja kerana anjing itu sangat patuh kepada wanita itu.

Setiap hari, anjing itu akan menemani wanita penjual ikan itu ke gerainya dan menunggunya.

Bahkan, dengan kehadiran 'pekerja' baharu di kedai ikan itu, ramai penduduk sekitar yang tertarik mula datang membeli di gerai ikan wanita itu.

Siapa sangka, hanya kerana niat murni wanita itu, akhirnya mereka menjadi sahabat baik yang saling membahagiakan.

Ternyata, anjing itu sungguh berterima kasih kepada wanita itu kerana telah menabur budi padanya.

Era Baru

Penjual ikan yang baik hati memberi makanan panas kepada anjing liar yang kesejukan dan kelaparan keesokan harinya, anjing itu datang untuk membalas budi Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...