www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Penjelasan tarikh cuti sekolah dan Hari Raya Aidilfitri 2019

0 month ago, 15-May-2019


KUALA LUMPUR:Berikutan masih terdapat kekeliruan berkaitan tarikh cuti persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan senarai cuti Perayaan KPM tahun 2019 bagi menjelaskan kekeliruan berkenaan.

Bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah Kumpulan A, cuti sekolah pertengahan tahun jatuh pada 24 Mei 2019 hingga 8 Jun 2019.

Manakala bagi negeri-negeri lain (Kumpulan B), cuti sekolah akan bermula pada 25 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019.

Di samping itu, Kementerian Pendidikan turut memperuntukkan Cuti Perayaan satu hari pada 9 Jun 2019 untuk Kumpulan A dan 10 Jun 2019 untuk Kumpulan B.

RAUDHAH JIWA

Mengikut takwim yang dikeluarkan KPM, cuti sekolah yang melibatkan perayaan telah diselaraskan dan ia tidak perlu diganti.

Ini bertujuan bagi memudahkan ibu bapa membuatkan perancangan percutian dan perjalanan balik kampung.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 5 Jun 2019.

Maklumat berkenaan telah dibuat menerusi surat siaran SPI bil 10 tahun 2018 yang turut memaklumkan Takwim Penggal dan cuti persekolahan 2019.

: Permohonan.my, Astro Awani, Public Holidays Global

Penjelasan tarikh cuti sekolah dan Hari Raya Aidilfitri 2019 Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts