EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PENJAJA DI WILAYAH PERSEKUTUAN BOLEH TERUS MENIAGA KETIKA DARURAT

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

KUALA LUMPUR: Para penjaja yang berniaga di sekitar Wilayah Persekutuan dibenarkan untuk meneruskan aktiviti perniagaan itu ketika tempoh darurat.

Bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata mereka diminta untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memerangi COVID-19.

Dalam tempoh darurat ini, penjaja di Wilayah Persekutuan boleh terus menjalankan perniagaan dan lesen terus diberi percuma.

Cuma saya minta patuhi SOP dan arahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa. Kita bantu membantu dan bersama perangi COVID-19, katanya menerusi ciapan Twitter rasminya hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan aktiviti perniagaan melibatkan penjaja kecil dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan waktu operasi dari 6 pagi hingga 8 malam. AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...