EdisiViral.Com Search Guest Post Login

S.O.P Penjagaan Pokok Durian Dalam Polybag

0 month ago, 13-Aug-2019


Ramai yang tanya saya bagaimana cara penjagaan anak benih durian yang masih dalam polybag sebelum ditanam di kebun.

Maklumlah kan 1st time beli anak pokok durian, dan masih zero tentang cara penjagaan dan apa yang patut dibuat supaya pokok tidak mati.

Bagi anda yang baru berjinak-jinak menanam pokok durian, jom ketahui SOP penjagaan pokok durian yang masih dalam polybag.

S.O.P Penjagaan Pokok Durian Dalam Polybag

1. Media tanah

Pertama sekali, media tanah! bila beli pokok dalam polibeg, anda akan jumpa 2 jenis tanah ni:

1. Tanah merah 100% (benih tempatan)
2. Tanah + Serkam padi (benih Thailand)

Pemerhatian saya selama ni, medium tanah 100% dalam polibeg menyebabkan akar sakit kerana tanah akan mengeras lama kelamaan dan daun akan menguning. Kita akan sangka pokok kita berlaku klorosis (daun kuning) dan terbakar. Tapi hakikatnya faktor tanah punca tumbesaran terbantut. Berbanding pula dengan tanah yang bercampur dengan serkam padi kerana medium tanahnya yang lembut dan serkam berfungsi untuk menyerap lebihan air. So kalau jadi macam ni, flush tanah tu dengan air hingga media tanah gebu dan lembut.

2. Saiz polibeg

Ya, saiz polibeg penting untuk tumbesaran pokok. Kalau tuan puan nak jaga dulu benih sampai ketinggian 4-6 kaki sebelum pindah ke tanah. Jadi kena tukarlah polibeg. Kalau tak tukar  tak hairan lah pokok maintain tak besar-besar. Sebab akar tak boleh menjalar dalam ruang yang terhad, Apa kena buat? pakai polibeg saiz 8x12 sampai umur 1 tahun kemudian tukar ke saiz 18x24.

Campurkan dengan 3 medium tanaman ni:

Antara yang disyorkan ialah 1:1:1
Tanah Topsoil:Compost:Cocopeat

Kalau nak senang pakai serkam padi pun boleh. Kalau nak pakai cocopeat juga, kena pastikan beli yang dah proses dan dibuang garam kat cocopeat tu. Kalau tidak pokok jadi tak sihat. Haa, dah siap tukar tu siram air 2x sehari pagi dan petang. Kalau pokok Musang King cukuplah siram 1x sehari waktu pagi. Time hujan tak perlu siram dah. Jangan siram pokok tu kena daun batang semua sekali. Siram kat tanah dalam polibeg tu saja bagi basah tak sampai banjir. Sebb kena daun mudah serangga nak hinggap, batang pulak basah mudah pula kena kanker.

3. Pembajaan

Sebenarnya pembajaan pokok dalam polibeg adalah sedikit tapi lebih kerap berbanding pokok yang dah tanam. Sebentar tadi saya suruh tukarkan polibeg lebih besar kan. Tahu tak kalau pokok dalam polibeg kecil. Korang tabur baja organik ke NPK ke yang tak smpai 2 sudu sekalipun tiba-tiba daun terbakar. Haa.. ini lah salah satu puncanya. baja akan terkumpul di hujung daun menyebabkan terbakar di 'periphery' bermula dari hujung.

Untuk pembajaan ni cukup korang sediakan baja tahi ayam proses (pelet) , 5-5-5 , 15-15-6-4, baja foliar hijau, EM, Cuka Kayu.

1. Pengunaan baja butir. Kalau campur cukuplah satu sudu teh untuk 2 minggu sekali. Kalau tak cmpur organik sebulan sekali. NPK 2 bulan sekali. Haa yer, cari yang ada unsur TE. Saya syorkan brand Real Strong untuk nisbah 5-5-5-2 + EM sebab free, dah ada EM, jimat tak perlu beli EM dah. Em dengan organik harus seganding sebenarnya. Manakala, brand AgroBridge untuk nisbah 15-15-6-4 + TE sebab low chloride tak rosakkan akar pokok.

2. Spray baja foliar hijau seminggu sekali. Tak kisah brand apa asalkan yang berkualitilah kan! Saya guna foliar CytoAuxins. Foliar ni ada unsur surih (untuk bina pigmen hijau pada daun dan ekstrak rumpai laut. Fungsi untuk kesuburan pokok.

3. Spray EM dan Cuka Kayu secara selang seli seminggu sekali. EM berfungsi sebagai antibodi kepada pokok dari terkena penyakit manakala cuka kayu berfungsi sebagai mengawal makhluk perosak dan mikroorganisma pada tanaman. EM korang sembur keseluruhan pokok dan tanah. Cuka kayu spray bawah daun waktu awal pagi dan hujung petang (masa ni liang stoma daun terbuka dan senang menyerap foliar).

Nota penting: Berhati-hati melakukan pembajaan dari overdose. Tips nak tahu pkk OD baja adalah daun akan hangus dihujung jika terlebih baja butir mahupun organik @ kimia. Manakala daun akan ada tompok-tompok hitam bermakna terlebih foliar.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Mohd Fauzan via myinfoberita.blogspot.com


Live Website Traffic





www.edisiviral.com