EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Peningkatan jangkitan Omicron, Sekolah Filipina ditutup

0 month ago, 14-Jan-2022


MANILA: Sekolah di ibu negara Filipina hari ini diarahkan untuk menangguhkan kelas dalam talian selama seminggu, susulan peningkatan jangkitan COVID-19 terutama varian Omicron.

Jangkitan itu dikesan merebak melalui kota ibu negara dan wilayah sekitarnya, mengakibatkan gangguan meluas kepada perniagaan, perkhidmatan dan penyedia penjagaan kesihatan.

Jabatan Pendidikan wilayah itu berkata, arahan supaya sekolah di ibu negara menangguhkan pembelajaran dalam talian sehingga 22 Januari depan adalah untuk 'meringankan beban kesihatan' guru dan pelajar.

Perikatan Guru Prihatin berkata, beribu-ribu guru dan pelajar dijangkiti COVID-19 dan tindakan itu dialu-alukan demi 'rehat kesihatan'.

Bagi memastikan tiada malapetaka kesihatan akibat Omicron, sekali gus membolehkan orang ramai kembali berkerja dengan segera, kerajaan memendekkan tempoh pengasingan bagi pesakit dengan simptom penyakit ringan daripada 10 hari kepada tujuh hari.

Langkah untuk menghentikan pembelajaran berlaku beberapa hari selepas Jabatan Pendidikan negara memberi pilihan kepada sekolah di seluruh negara untuk menangguhkan kelas selama dua minggu bulan ini ketika varian Omicron mengganas.

Sementara itu, Filipina juga akan meneruskan rancangan mereka pada minggu hadapan untuk melarang mereka yang tidak disuntik vaksin COVID-19 menggunakan pengangkutan awam.

Larangan itu terpakai kepada wilayah ibu kota yang terkenal dengan kesesakan yang dihuni kira-kira 13 juta penduduk, namun berdepan tentangan keras daripada suruhanjaya hak asasi manusia negara itu.

Bagaimanapun, hari ini Kementerian Pengangkutan berkata mereka tidak akan menghentikan rancangan itu, yang diperlukan untuk membendung penularan dan mencegah sistem penjagaan kesihatan terus dibebani. - AGENSI


BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...