EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

'Pening kepala saya hari ini' - MABA

0 month ago, 26-Nov-2019

BELUM reda isu bendera dengan lima bucu dipaparkan ketika upacara pembukaan Piala Lum Mun Chak, kejohanan bola keranjang bawah 15 tahun semalam, tular pula gambar beberapa pemain Perak memakai jersi dengan bendera negeri dicetak terbalik.

Lebih mengejutkan pemain terbabit dikatakan beraksi pada kejohanan sama berlangsung di stadium bola keranjang Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA).

Timbalan Setiausaha Agung MABA Sim Sin Heng ketika dihubungi, enggan mengulas isu berkenaan kerana ia di luar bidang kuasa persatuan itu.

"Itu tanggungjawab pasukan Perak kerana semua pasukan membuat jersi sendiri," katanya.

Dalam pada itu beliau mengakui bahawa gambar yang tular menunjukkan penggunaan bendera lima bucu pada poster kejohanan bola keranjang Oktober lalu itu benar.

"Ya, lagi satu kesilapan yang baru dikesan. Dilakukan oleh syarikat yang sama.

"Pening kepala saya hari ini. Harap-harap tidak ada lagi yang muncul pula. Perlu lebih berhati-hati, nanti orang kata kita (MABA) sengaja pula," katanya menerusi WhatsApp.

Berita berkaitan

Isu bendera: Sangat melampau - Mufti Perlis

'KBS akan ambil tindakan' - Syed Saddiq [METROTV]

[UPDATE] Polis dah panggil Presiden MABA

MABA mohon maaf silap bendera


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...