EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Peniaga Siakap Viral Di Langkawi Bakal Didakwa RM 50 000?

0 month ago, 22-Nov-2021

Mesti anda masih ingatkan tentang viralnya satu restoran yang kenakan bayaran untuk siakap yang hampir RM 1200 di Langkawi?

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, peniaga restoran terapung terbabit didapati gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap seperti dikehendaki Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam tempoh yang ditetapkan.

Oleh itu, peniaga restoran itu bakal didakwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Difahamkan, tempoh penghantaran dokumen terperinci itu dilanjutkan sehingga 17 November 2021 bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan berkenaan tetapi pihak peniaga gagal kemukakan dokumen tersebut.

KPDNHEP telah membuka kertas siasatan dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.



SUMBER : rileklah.com



Live Website Traffic


loading...