EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Peniaga siakap kayangan bakal didakwa, gagal beri dokumen bisnes lengkap

0 month ago, 21-Nov-2021

Peniaga restoran yang menjual hidangan siakap seribu di Pulau Langkawi didapati gagal mengemukakan dokumen seperti dikehendaki Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam tempoh ditetapkan.

Menurut laporan Harian Metro, peniaga tersebut bakal didakwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Peniaga siakap kayangan bakal didakwa, gagal beri dokumen bisnes lengkap

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga terbabit telah memberikan kerjasama baik namun gagal memenuhi arahan bagi menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci.

Peniaga siakap kayangan bakal didakwa, gagal beri dokumen bisnes lengkap

Beliau berkata, peniaga itu gagal menyelenggara dan menyimpan rekod dengan wajar sekali gus berdepan tindakan berkenaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Peniaga siakap kayangan bakal didakwa, gagal beri dokumen bisnes lengkap

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila beberapa pelanggan mendakwa terpaksa membayar bil hidangan lebih RM1,000 termasuk menu siakap yang disifatkan cekik darah dan tidak masuk akal.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

: Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

:Harian Metro(Ahmad Rabiul Zulkifli) , Kredit foto:Media Mulia Sdn Bhd



SUMBER : belumbalik.com



Live Website Traffic


loading...