EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Peniaga ditahan miliki gula pasir lebih had.

0 month ago, 11-Sep-2020


 

BUTTERWORTH: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) daerah Seberang Perai Utara (SPU) merampas sebanyak 192 kilogram (kg) gula pasir dalam pemeriksaan di sebuah premis menjual barangan runcit di sini semalam.

 

Dalam pemeriksaan itu, seorang peniaga berusia 58 tahun turut ditahan  kerana memiliki barang kawalan tersebut yang melebihi had simpanan dibenarkan di dalam lesen iaitu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

 

Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNHEP SPU, Akram Karim Mohamad Arip berkata, pemeriksaan itu bertujuan mengelakkan berlakunya penyelewengan ke atas barang-barang kawalan selain memastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan sebelum ini.

 

Katanya, ketika ini, siasatan lanjut masih diteruskan dan jika didapati bersalah, mereka yang dituduh boleh dikenakan tindakan mahkamah.

 

Sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

 

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, mereka boleh didenda sebanyak RM3 juta dan penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

 

Jelas beliau, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 5,135 buah premis perniagaan dan telah merekodkan sebanyak 86 kes daripada pelbagai Akta yang dikuatkuasakan di bawah KPDNHEP.

 

Kita akan sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan selain mengharapkan kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan jika mendapati terdapat mana-mana peniaga yang gagal mematuhi undang-undang, katanya.

 

UTUSAN


SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...