EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PENGUATKUASAAN LARANGAN MEROKOK DITINGKATKAN KJ

1 month ago, 21-Oct-2021

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin meminta pihak berkuasa untuk meningkatkan lagi penguatkuasaan terhadap larangan merokok.

Menerusi ciapan di Twitter beliau, penguatkuasaan tersebut akan dijalankan serentak semasa pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

“Semalam saya telah minta penguatkuasaan terhadap larangan merokok ini ditingkatkan lagi.

“Sambil memantau pematuhan SOP pandemik, boleh denda perokok yang langgar larangan tersebut. Sekali harung,” dalam ciapannya, hari ini.

Jelasnya lagi, beliau bersetuju untuk meningkatkan penguatkuasaan tersebut yang merupakan dasar daripada bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau mengulas berkenaan ciapan yang meminta Khairy Jamaluddin meningkatkan semula pematuhan larangan merokok di kedai makan.–AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...