EdisiViral.Com Search Guest Post Login

'Ini pengorbanan terbesar saya...' - Mawar nafi bercerai kerana ego, harta & orang ketiga

0 month ago, 10-Jul-2019


Usahawan tudung terkenal, Mawar Abdul Karim, mengakui masih sayang pada Fizo Omar dan mengatakan pelakon itu adalah suami dan bapa yang baik kepada anaknya. 

Mawar berkata demikian sambil menitis air mata kesedihan ketika prosiding lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini. 

Terdahulu, Fizo dan Mawar sah bercerai selepas Fizo melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan. 

Ketika ditemui media, Mawar meluahkan rasa sedihnya berhubung perceraian itu tetapi ia perlu dilakukan demi kedua-dua pihak. 

"...ini pengorbanan terbesar dilakukan untuk kehidupan saya dan Fizo sekeluarga.

"Apa yang berlaku bukanlah disebabkan ego ataupun harta. Mungkin ada hikmah untuk masa depan saya dan kami akan menjadi kawan baik demi membesarkan anak kami, Wan Maryam

"Selama enam tahun tempoh perkahwinan ini, saya dan Fizo telah mencuba. Namun saya reda serta pasrah. Mungkin sampai di sini sahaja untuk saya dan Fizo

"Tiga benda ini (harta, ego & pihak ketiga) bukanlah sebab perceraian kami. Fizo sangat baik dan dia adalah anak, abang dan adik yang bertanggungjawab kepada keluarga," katanya. 

Sementara itu, Fizo juga reda dengan ketentuan itu dan berharap ia bukanlah pengakhiran tetapi sebagai satu permulaan bagi dia dan Mawar menjadi ibu bapa untuk bersama dalam menjalankan tanggungjawab membesarkan Maryam. 

"Saya masih sayang dan kasihkannya dan saya mengucapkan terima kasih kepada Mawar kerana menjadi isteri dan ibu kepada anak saya. Malah banyak terhutang budi padanya. Dia sangat baik," katanya. 

: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


SUMBER : viralpurba.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com