EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Penggunaan Sistem Solar Hybrid Di Pos Polis Diperluas

35 month ago, 25-Aug-2017

SEMPORNA Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd (TM) akan meluaskan penggunaan sistem pembekalan elektrik secara solar hybrid ke beberapa pos polis di Sabah termasuk di Pulau Selingan, Sandakan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata perluasan sistem itu ekoran penjimatan kos bahan api diesel kira-kira RM570,000 untuk setahun bagi Pos Polis Pulau Mabul yang merupakan pos keselamatan pertama menggunakan sistem tersebut sejak 2015.

Terdapat peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk perluasan sistem ini di pos polis dan dengan kerjasama TM ini, kita lihat berapa banyak boleh dimanfaatkan sekurang-kurangnya tiga lokasi termasuk di Pulau Selingan yang menempatkan Pasukan Gerakan Am (PGA) kita dan sesuai juga dengan konsep pulau itu sebagai kawasan konservasi penyu, katanya.

Beliau berkata ketika ditemui Bernama yang mengikuti lawatan kerja sehari ke pos polis di Pulau Mabul, Bohey Dulang, Kapalai serta Singamata di sini, semalam bagi melihat kesiapsiagaan anggota polis dalam menjaga keselamatan perairan Sabah.

Katanya, konsep hijau itu bukan sahaja menjimatkan penggunaan bahan api diesel tetapi turut mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida selaras dengan usaha kerajaan ke arah merealisasikan amalan hijau dan aplikasi teknologi hijau.

Zulkifli turut mencadangkan kepada kerajaan agar konsep hijau itu diaplikasikan juga di pusat peranginan serta penempatan lain yang tidak mempunyai sistem bekalan elektrik.

Sementara itu mengenai status pembinaan Pos PGA 21 di Kunak, pihaknya telah mengajukan permohonan tersebut dan perkara itu masih di peringkat Kementerian Dalam Negeri.

Saya akan melihat perkara ini dan berharap dan berharap dapat dimasukkan dalam bajet rancangan malaysia dan projek ini boleh dimulakan selewatnya tahun hadapan, katanya.

Beliau berharap pihaknya dapat bekerja dengan lebih berkesan lagi dengan tertubuhnya pos itu dan mempertingkatkan keamanan di Sabah dari semasa ke semasa. BERNAMA

Loading...


SUMBER : mynewshub.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...