EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Pengguna terjejas kerana masih ramai pemandu e-hailing yang belum memenuhi syarat baharu

5 month ago, 13-Jul-2019

Tambang untuk perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan MyCar dijangka lebih tinggi kerana kekurangan pemandu yang akan bekerja bermula 12 Julai.

Seperti yang dilaporkan olehNew Straits Times, pada bulan April lalu, Kementerian Pengangkutan merumuskan peraturan baharu sebagai sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal selia industri e-hailing dan mewujudkan peluang pekerjaan sama rata dengan teksi.

Borneopost

Ramai pemandu, terutaman yang bekerja secara separuh masa telah dilaporkan membuat keputusan untuk tidak mematuhi peraturan tersebut kerana proses yang panjang dan kos yang tinggi yang dianggarkan bernilai RM800.

Syarat yang dikenakan oleh Kementerian Pengangkutan ialah setiap pemandu e-hailing perlulah:

  1. Mendapatkan lesen kenderaan awam (PSV) (yang termasuk modul latihan enam jam, pemeriksaan latar belakang dan pemeriksaan perubatan).
  2. Mendapatkan insurans penumpang.
  3. Mendapatkan pelekat e-hailing.
  4. Mendapatkan permit kenderaan e-hailing (EVP) dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
  5. Mendapatkan pemeriksaan kenderaan awal dan tahunan di pusat-pusat Puspakom.
  6. Menyumbang kepada Perkeso.
  7. Melengkapkan kereta mereka dengan peralatan keselamatan, termasuk pemadam kebakaran.

Gilahartanah

Apabila tamatnya tarikh akhir Julai, para pelanggan diberi amaran untuk menjangkakan kenaikan harga dinamik yang lebih kerap, bergantung pada lokasi dan waktu seperti semasa jalan sibuk, cuaca hujan atau di kawasan terpencil, lapor Free Malaysia Today.

Selain kenaikan harga, syarikat e-hailing turut mengingatkan pengguna untuk menjangka masa menunggu yang lebih lama.

Walaupun merupakan pengendali e-hailing terbesar di negara ini dengan kira-kira 200,000 pemandu aktif, hanya 10% dilaporkan telah memperolehi PSV.

"Grab, bersama dengan rakan-rakan pemandu kami, bekerja keras untuk mematuhi keperluan pengawalseliaan," kata Grab dalam kenyataan di laman webnya, mendedahkan bahawa syarikat tersebut telah berusaha membantu pemandu dengan menanggung beberapa perbelanjaan yang terlibat.

Soyacincau

"Bagaimanapun, dengan kemungkinan kurangnya pemandu di jalan raya, anda mungkin mengalami peningkatan tambang dinamik, terutama pada waktu puncak dan cuaca hujan," katanya.

Dianggarkan bahawa pengguna yang biasa menunggu selama lima minit kini perlu menunggu 10 minit untuk perjalanan mereka.

Menurut jurucakap Grab kepada The Star, mereka menasihati penumpang agar merancang perjalanan mereka dengan membuat tempahan yang lebih awal terutama jika mereka harus mengejar penerbangan atau menghadiri acara penting.

Sementara itu,Mohd Noah Maideen yang merupakan pengasas dan pengarah MyCar iaitu pengendali e-hailing kedua terbesar yang mempunyai kira-kira 30,000 pemandu aktif berkata hanya 400 pemandunya telah mendapatkan PSV mereka. Dia turut menghalang pemandu yang masih belum mendapatkan lesen daripada bekerja.

Mkr

Mohd Noah menggesa pihak berkuasa supaya bersikap lembut dalam penguatkuasaan dengan mengatakan bahawa banyak pemandu masih melalui proses untuk mendapatkan PSV.

Selagi pemandu tidak memiliki PSV selagi itulah mereka tidak dibenarkan bekerja. Kesannya syarikat e-hailing akan mengalami kekurangan pemandunya yang mana akhirnya akan menjejaskan pengguna.

: SAYS

Pengguna terjejas kerana masih ramai pemandu e-hailing yang belum memenuhi syarat baharu Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...