EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pengguna Luah Rasa Kecewa Sukar Untuk Menebus e-Tunai Rakyat

0 month ago, 15-Jan-2020

Ramai yang hari ini tidak sabar untuk menebus RM30 e-Tunai Rakyat yang diagihkan oleh kerajaan melalui tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch n Go.

Bagaimanapun, pengagihan wang tersebut nampaknya tidak berjalan dengan lancar apabila pengguna gagal untuk menebus berikutan ramai yang melakukan transaksi dalam satu masa.

BACA: Ini Cara Untuk Tebus RM30 e-Tunai Rakyat Mulai Esok

Menerusi media sosial, ramai pengguna berkongsikan foto dimana mereka gagal menebus e-tunai tersebut malah ada yang berkongsikan sistem untuk menebus wang RM30 itu tergendala.

Disebabkan ramai claim e-Tunai, sistem terus down. pic.twitter.com/AFYJ02yqDJ

Iera??????????? (@ieraraa_) January 15, 2020

Seperti yang dijangka, penebusan e-Tunai mengalami trafik yang tinggi dan menyebabkan masalah kepada pelayan (server).

Sila ambil masa untuk membuat penebusan dan jangan risau tempoh tamat adalah pada 14 Mac 2020. pic.twitter.com/clx065daci

Xavier Naxa (@XavierNaxa) January 15, 2020

Amboi. Ramai sangat claim RM30 from TnG for e-Tunai Rakyat sampai system down ni ???? Does anyone has the same issue?@Twt_Cyberjaya @MyTouchnGo pic.twitter.com/2juBMTwctv

Siti Huwaida (@SitiHuwaidaMG) January 15, 2020

E-tunai rakyat is a scam. Can't find anyone that's successfully claimed theirs. Everyone's getting a failed msg. Hahahaha. pic.twitter.com/MFMRLseKrK

Kylo Fen (@fendyzaidan) January 15, 2020

Menerusi Facebook Touch n Go eWallet, ramai netizen bertanyakan hal itu dan pihaknya menjelaskan masalah sistem tergendala disebabkan oleh jumlah trafik yang tinggi dan turut meminta pengguna untuk mencuba beberapa kali.

Mereka yang layak diberi tempoh untuk memohon wang percuma itu sebelum9 Mac 2020untuk memastikan proses pengesahan dan pemberian wang dapat dibuat dalam masa selewat-lewatnya tempoh lima hari bekerja.

Bagi memastikan inisiatif itu akan mempercepatkan proses digitalisasi, wang RM30 itu perlu dibelanjakan oleh penerima bermula15 Januari sehingga 14 Mac 2020sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lagu Jepun Nyanyian Nenek Comel Tarik Perhatian
Demi Ibu, Lelaki Sanggup Jadi Wanita

Jangan lupa untuk ikuti kami diFacebookdanInstagram

Gula Kapas Terapung, Pizza Rendang Laku Keras Di Kafe Ini


SUMBER : vitdaily.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...