EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pengganti Kim Swee Mac ini

0 month ago, 08-Jan-2020

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka mengumumkan pelantikan ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) yang baharu dua bulan lagi.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memaklumkan, setakat ini badan induk itu menerima 12 permohonan termasuk empat jurulatih asing yang berminat untuk mengisi jawatan itu.

Beliau berkata, jawatankuasa pengurusan pasukan kebangsaan yang dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin akan bersidang pada awal Mac ini bagi menilai semua calon sebelum menamakan individu yang layak.

Kami tidak terburu-buru untuk pelantikan segera memandangkan tiada sebarang kejohanan untuk skuad itu tahun ini. Petunjuk Utama Prestasi (KPI) dan beberapa perkara lain yang perlu dicapai oleh calon itu akan diputuskan kemudian, katanya ketika ditemui Bernama di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

FAM sebelum ini memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali skuad B-22 negara susulan prestasi hambar yang ditampilkan pada Sukan SEA Filipina 2019, bulan lalu.

Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan selain diaibkan dengan kekalahan 1-3 kepada pasukan kerdil, Kemboja pada aksi pusingan awal temasya sukan dwitahunan itu.

Dalam pada itu, Stuart mengesahkan badan induk itu sedang memuktamadkan pelantikan Kim Swee sebagai Ketua Unit Pembangunan Belia FAM, susulan pengalaman luas yang dimiliki pengendali kelahiran Melaka itu dalam bola sepak belia di negara ini.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...