EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

SFMM 35: Pengganti Siti Nurhaliza Masih Jadi Tanda Tanya, Siapa Pilihan Anda?

0 month ago, 19-Nov-2020

Umum mengetahui dua buah lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza tercalon dalam Pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35).

Lagu tersebut termasuklah 7 Nasihat hasil nukilan Kmy Kmo dan Luca Sickta dan Aku Bidadari Syurgamu yang merupakan ciptaan Ippo Hafiz dan Siti Rosmizah.

Bagaimanapun, teka teki mengenai siapa yang bakal mendendangkan lagu 7 Nasihat sudahpun terjawab selepas Shiha Zikir dilapor bakal menggantikan penyanyi nombor satu negara itu pada 21 November ini.

Shiha Zikir ganti Siti | Harian Metro

Namun, pengganti yang akan membawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu masih belum diketahui sehingga kini dan menurut Ippo, ia bakal menjadi kejutan buat ramai.

Agak-agak siapa yang boleh membawakan lagu runut bunyi untuk drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 ni dengan baik ya? Ini pilihan Hot FM:-

1) Ara Johari

2) Khai Bahar

3) Wani Kayrie

4) Wafariena Roslan

5) Aishah

Darah Aishah naik gara-gara keceluparan netizen | Astro Awani

6) Misha Omar

SFMM 35: Pengganti Siti Nurhaliza Masih Jadi Tanda Tanya, Siapa Pilihan Anda? first appeared on Hot FM.



SUMBER : hotfm.com.my



Live Website Traffic


loading...