EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pengganas Israel roboh pusat ujian COVID-19 Palestin

0 month ago, 24-Jul-2020

TEBING BARAT Pasukan rejim pengganas Israel merobohkan pusat ujian coronavirus Palestin di pintu masuk kota Hebron di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.

Kekejaman ini berlaku sehari selepas tentera Israel merobohkan pusat pemeriksaan keselamatan Palestin yang dibina di pintu masuk kota Jenin untuk menjalankan ujian COVID-19.

Pembinaan fasiliti itu, yang dirancang untuk membendung penyebaran wabak di kota itu dan dijadikan sebagai pusat kuarantin pesakit COVID-19, bermula hampir tiga bulan lalu.

Ketika struktur bangunan hampir selesai, jentolak Israel memusnahkannya.

Hebron menyaksikan kes terburuk di Tebing Barat, yang telah berjuang selama dua minggu terakhir untuk mengatasi gelombang kedua jangkitan COVID-19. Ismaweb

www.indahnyaislam.my

-

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

SUMBER : indahnyaislam.my

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...